KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi sedang mencari penyelesaian bagi membantu memperkemas operasi dalam industri kreatif di samping memastikan perlindungan yang lebih baik untuk bakat-bakat pemainnya, kata Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching.
Beliau turut mengetengahkan keperluan untuk membangunkan strategi baharu bagi menyokong masa depan industri kreatif, terutama apabila melihat kepada prospek tidak menentu yang dihadapi oleh pemain industri berkenaan pada Selasa.
"Sebagai industri yang dinamik, bakat-bakat dalam ekonomi kreatif ini bekerja keras untuk membuktikan bakat mereka, dan seharusnya mereka kekal relevan dalam industri. Usaha kami membawa pembaharuan dalam industri ini, yang bertepatan dengan Techvolution, juga merupakan sebahagian daripada idea ini," katanya.
Berucap di Sesi Makan Tengah Hari Rangkaian Kerja "Techvolution 2024: Towards A Connected Future For Malaysia", di sini, pada Selasa, beliau turut memuji Techvolution terhadap usahanya yang gigih dalam menyediakan platform untuk sesi perbincangan dan sesi percambahan idea mengenai industri kreatif.
Techvolution 2024, anjuran SWAG Holdings Sdn Bhd, menyasarkan untuk menyediakan persidangan komprehensif merangkumi pelbagai topik yang popular dalam senario teknologi semasa seperti kenderaan elektrik, kecerdasan buatan (AI), ekonomi kreatif dan globalisasi.
Acara itu menarik kehadiran hampir 300 peserta daripada agensi kerajaan dan syarikat swasta, termasuk Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) Sdn Bhd, Yinson Green Technologies (M) Sdn Bhd, dan DRB-HICOM. - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 27 2024
Kementerian Komunikasi sedang mencari penyelesaian bagi membantu memperkemas operasi dalam industri kreatif di samping memastikan perlindungan yang lebih baik untuk bakat-bakat pemainnya, kata Nie Ching. - Foto BERNAMA
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Kementerian Komunikasi kerjasama dengan Meta bangunkan WhatsApp Chatbot, perangi berita palsu
Kemudahan itu berperanan sebagai platform bagi semakan kesahihan fakta dan maklumat oleh pengguna terhadap sebarang mesej yang disebarkan.
Waspada taktik 'scammer' guna nama pegawai Kementerian Komunikasi
Orang ramai diminta berwaspada dengan taktik terbaharu scammer yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi bagi memperdaya mangsa mereka.
Kandungan podcast langgar batas undang-undang boleh diambil tindakan - Fahmi
Kerajaan belum berhasrat untuk mengenakan sebarang kawal selia ke atas kandungan yang dihasilkan pengendali audio siar atau podcast.
Kerajaan kaji penurunan caj jalur lebar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan membincangkan penurunan caj perkhidmatan langganan jalur lebar.